Pengenalan :
- Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ditubuhkan pada 1945 selepas kegagalan Liga Bangsa dalam menjaga keamanan dunia apabila tercetusnya PD2.
- Matlamat utama PBB ialah memelihara keamanan & keselamatan sejagat
- PBB juga mainkan peranan dlm menyelesaikan setiap konflik antarabangsa yg berlaku scr aman dan tanpa kekerasan.
- Sejak awal penubuhan hingga hari ni, PBB telah memberikan sumbangan yg amat besar dlm pelihara keamanan & kesejahteraan dunia.
Isi :
1. Kemerdekaan Wilayah Jajahan
- PBB memainkan peranan dlm menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan.
- Dalam Piagam PBB ada dikatakan bahawa negara-negara anggota PBB yg diamanahkan mentadbir wilayah jajahan harus memastikan :
a) Penduduk wilayah dpt layanan saksama
b) Penduduk wilayah dpt perlindungan daripada keganasan
c) Menggalakkan pemerintahan sendiri
- 1960, Mjls Perhimpunan Agung PBB meluluskan pengisytiharaan tentang pemberian kemerdekaan kpd wilayah & penduduk yang terjajah.
- 1961, satu jawatankuasa khusus ditubuhkan iaitu Special Committe on Decolonization untuk membebaskan wilayah jajahan.
2. Masalah Pelarian
- Peringkat awal, PBB menubuhkan International Refugee Organization (IRO) bagi menempatkan semula, menghantar pulang & bg pelindungan kpd lebih 1 000 000 pelarian
- PBB juga adakan rundingan diplomatik bg menempatkan pelarian di negara2 tertentu
- 1952, UN High Commissioner for Refugees (UNHCR) ditubuhkan utk menangani masalah pelarian dgn lebih berkesan
3. Dasar Aparteid
- Aparteid ialah amalan menyisihkan kaum kulit hitam daripada kaum kulit putih
- 1962, Mjls Perhimpunan Agung PBB menubuhkan jawatankuasa khas bg menangani masalah Aparteid.
- PBB sarankan semua negara anggotanya memutuskan hubungan diplomatik dgn Afrika Selatan
- 1963, Mjls Perhimpunan Agung PBB meluluskan Pengisytiharaan Pembasmian Segala Bentuk Diskriminasi Ras.
4. Menangani Konflik Antarabangsa
- Mjls Keselamatan PBB memainkan peranan dlm menyelesaikan konflik dgn aman
- 1946, Mjls Keselamatan berjaya mengundurkan tentera Soviet Union (SU) dr utara Iran
- 1956, Mjls Keselamatan berjaya selesaikan krisis Terusan Suez
-1960 - 1962, PBB hantar pasukan pendamai ke wilayah Congo yg sedang huru-hara
- 1964 - 1979, PBB mainkan peranan dlm mengawal persengketaan di Cyprus drpd merebak.
5. Perebutan Pulau
- Isu perebutan pulau Spratly yg berlaku antara China, Taiwan , Vietnam, Filipina, Brunei & Malaysia.
- PBB menyelesaikan masalah tersebut dgn melaksanakan Undang-undang Laut yg diluluskan Mjls Perhimpunan Agung PBB pd November 1994.
6. Perlumbaan Senjata
- PBB berusaha mengawal perkembangan senjata moden yg mampu mengancam keselamatan dunnia
- PPP menyekat penggunaan senjata nuklear & senjata kimia
- PBB berjaya mempengaruhi SU & US untuk mengundurkan peluru berpandu masing2 dlm krisis di Cuba
- PBB berjaya mempengaruhi pihak2 yg terlibat dlm peperangan Iran-Iraq sehingga mencapai gencatan senjata
- mengenakan sekatan ekonomi & menghentikan bantuan kewangan kpd Pakistan krn menjalankan ujian bom nuklear semasa persengketaan antara India - Pakistan utk merebut Wilayah Kashmir
7. Bantuan Negara Mangsa Perang
- PBB bg sumbangan utk bantu negara2 mangsa perang selepas Perang Dunia ke-2
- PBB bagi bantuan kpd negara mangsa perang menerusi "Program Bantuan & Pembangunan Semula PBB"
- Peringkat awal, PBB tertumpu pd negara2 sekutu blok Barat
- PBB juga bantu negara2 mangsa perang di Asia, Timur Jauh, Amerika Latin & Afrika
- PBB bg bantuan perkhidmatan & kebajikan utk memastikan kualiti kehidupan masyarakat terpelihara
- Agensi PBB yg memainkan peranan dlm memberi bantuan kpd mangsa perang:
a) Pertubuhan Makanan & Pertanian (FAO)
b) Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
c) Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)
8. Pembangunan Negara Mundur
- PBB sediakan pinjaman utk pembangunan bg negara2 mundur
- PBB menubuhkan International Development Association (IDA) sbg badan gabungan Bank Dunia
- IDA diberi kuasa membiayai projek yg memberi sumbangan kpd kemajuan wilayah
- Mjls Ekonomi & Sosial diberi tanggungjwb dlm mengumpul data tntg kemajuan sosial & ekonomi antarabangsa
Penutup :
- PBB berjaya mempertahankan keamanan & kesejahteraan masyarakat dunia dgn berkesan
- PBB sentiasa ambil langkah yg bijak bagi menangani konflik yg melibatkan negara2 anggota.
Rujukan : Teks STPM Sejarah Dunia Penggal 1 Oxford Fajar
No comments:
Post a Comment