er

Wednesday 18 October 2017

DOWNLOAD VIDEO DARI YOUTUBE : ATUBE CATCHER

Salam.

Harini ain nak berkongsi tentang cara-cara untuk muat turun (download) video dari youtube menggunakan perisian (software) aTube Catcher. 

Langkah pertama, anda perlu memuat turun perisian tersebut dari laman web aTube Catcher. 


Setelah perisian selesai dimuat turun ke dalam komputer anda, buka perisian aTube Catcher yang terdapat di dalam komputer anda. Kemudian,  anda perlu menyalin (copy) url video yang ingin dimuat turun di youtube dan tampalkan di dalam ruang yang disediakan seperti di bawah. 


Setelah anda menampal url yang diingini, anda perlu menetapkan jenis fail yang anda ingin muat turun. Atube Catcher menyediakan pelbagai pilihan jenis-jenis fail yang boleh dimuat turun. Anda boleh secara automatik menukar (convert) fail video kepada audio. Sekiranya fail ingin dimuat turun dalam bentuk video, anda perlu memilih WMV atau lain-lain fail yang dikhaskan untuk video. Namun, sekiranya fail tersebut ingin ditukar kepada bentuk audio, anda boleh memilih MP3 atau MP4 dan sebagainya. 


Setelah memilih jenis fail yang ingin dimuat turun, anda perlu klik DOWNLOAD dan fail akan dimuat turun ke dalam komputer anda secara automatik dan anda boleh menikmati serta menonton video yang telah dimuat turun. Selamat meneroka!


Sunday 15 October 2017

APLIKASI PERCUMA UNTUK MEMBINA INFOGRAFIK

Assalamualaikum semua. 

Hari ini ain nak berkongsi dengan semua tentang infografi. Sebelum itu, jom kita tengok apa sebenarnya infografik ni? Sebenarnya infografik ni wujud dari perkataan bahasa Inggeris, infographic. Jadi apa pulak infographic ni?



sumber : google dictionary

Dengan kata lain, infografik adalah sebuah imej atau gambar yang digunakan untuk mempersembahkan apa-apa jenis informasi atau data. Infografik merupakan satu kaedah di mana maklumat dipersembahkan secara secara visual yang menarik untuk disampaikan kepada audiens yang besar. Perkataan INFOGRAFIK bermakna grafik dan teks mudah yang digabungkan bagi menggambarkan data, ilustrasi, teks dan imej untuk menceritakan kisah yang lengkap (PM Dr. Azidah Abu Siden).

Jadi, antara aplikasi percuma yang borleh digunakan untuk membina infografi adalah:

1. PiktoChart 
2. Easel.ly
3. Infogr.am
4. Visual.ly
5. Vizualize.me
6. Dipity
7. Canva.com
8. Venngage
9. Visme
10. Youzign
11. DesignBold
12. Genial.ly

*klik pada nama aplikasi


Okay, ada 12 aplikasi yang boleh digunakan untuk membina infografi. Dan antara 12 aplikasi ni, hanya 2 yang pernah ain gunakan iaitu Easel.ly dan Genial.ly. Mungkin pada masa-masa akan datang, aplikasi yang lain boleh digunakan. Jadi, untuk semua yang memerlukan aplikasi untuk membina infografi, selamat mencuba! 


Rujukan:
azidahaz.com
pusatgratis.com
octarendra.com

Friday 6 October 2017

STEVE JOBS DAN J.K. ROWLING PENCETUS SEMANGAT



Pemilik nama sebenar Steven Paul Jobs atau lebih dikenali sebagai Steve Jobs merupakan pengasas syarikat Apple Inc. yang kini merupakan suatu syarikat telekomunikasi gergasi yang tidak asing lagi di seantero dunia.  Steve Jobs mula terlibat didalam aktiviti pembangunan komputer sekitar tahun 1970-an ketikan beliau berusia 20 tahun. Beliau telah melalui pelbagai ranjau dan duri sebelum sampai ke tahap ini, sehingga Apple menjadi simbol revolusi kepada industri komputer dan teknologi dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Beliau menceritakan kepada para graduan bahawa beliau dan seorang lagi rakan beliau, Steve Wozniak mula menubuhkan Apple dengan hanya beroperasi di garaj kereta milik ibu bapa beliau ketika berusia 20 tahun.  Kesungguhan dan kerja keras mereka membuahkan hasil apabila dalam masa 10 tahun, Apple telah berkembang dari hanya beroperasi di garaj kepada sebuah syarikat yang bernilai AS $2 Billion dengan lebih 4000 kakitangan. Walaubagaimanapun, ujian dan dugaan buat Steve Jobs tetap hadir dan melanda beliau sehinggalah beliau dipecat daripada syarikat yang ditubuhkan oleh beliau sendiri. Hal ini sangat memilukan dan beliau merasakan bahawa keseluruhan hidup beliau telah musnah. Beliau buntu untuk beberapa bulan dan akhirnya, hasil daripada sifat tidak putus asa beliau, beliau berjaya menubuhkan sebuah syarikat baru bernama NeXT dalam tempoh lima tahun kemudiannya dan sebuah lagi syarikat bernama Pixar.

            Ucapan beliau di Universiti Stanford pada tahun 2005 banyak berkisarkan tentang pengalaman jatuh bangun beliau sehingga beliau berjaya mencapai tahap yang boleh dikatakan berjaya. Beliau mengatakan bahawa pendorong beliau untuk tidak berputus asa adalah kerana beliau tahu dan tetap berpegang kepada apa yang beliau suka lakukan. Disini, beliau cuba menyatakan kepada para graduan bahawa kita perlu memilih untuk melakukan apa yang kita suka kerana apabila kita melakukan perkara yang kita suka tanpa paksaan dari mana-mana pihak, kita akan berusaha dan sentiasa mencari jalan untuk menjayakan perkara yang kita lakukan. Musibah terus melanda apabila beliau telah didiagnosis dengan kanser dan doktor mengatakan bahawa beliau dijangkakan hanya akan hidup tidak lebih dari 3 hingga 6 bulan sahaja. Ketika menerima berita ini, beliau masih lagi tenang dan hanya terfikir untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar untuk keluargnya setelah beliau tiada lagi. Namun, kuasa Tuhan maha hebat apabila kanser pankreas yang menyerang beliau boleh diubat dengan pembedahan.

            Kisah Steve Jobs ini menekankan bahawa kita tidak boleh selalu berharap bahawa awan akan selamanya cerah. Ribut petir pasti akan tiba dan mengucar-kacirkan kehidupan kita namun kita harus  kuat dalam melawan segala dugaan dan halangan yang datang. Steve Jobs mengajar kita bahawa hidup takkan selalunya berada diatas.  Roda kehidupan akan terus berputar dan dalam sekelip mata kita boleh berada dibawah tanpa sempat kita bersedia. Sebagai contoh, dipecat daripada Apple tidak menjadikan Steve Jobs patah semangat malah ia menjadi suatu titik tolak kepada Steve Jobs untuk terus maju ke hadapan. Malahan, Steve Jobs sendiri ada mengucapkan syukur kerana dipecat dari Apple suatu ketika dahulu. Steve Jobs sangat berpegang kepada suatu prinsip iaitu perkara yang membuat anda terus mara kehadapan adalah dengan mencintai apa yang anda lakukan. Para gaduan dinasihatkan oleh Steve Jobs agar jangan bazirkan masa hidup dengan menjalani kehidupan orang lain. Usah sesekali kita terperangkap dalam hirup piruk dan kata-kata orang lain sehingga kita mengabaikan apa yang hati inginkan.

“Stay Hungry, Stay Foolish” ditekankan oleh Steve Jobs ketika beliau ingin menutup ucapan dengan memberitahu kepada para pelajar bahawa apabila kita berada dalam keadaan terdesak, kita akan tetap mencari jalan untuk keluar dari keadaan tersebut. Kuncinya adalah tidak berputus asa dengan mencintai apa yang anda lakukan.




J. K. Rowling atau nama sebenarnya Joanne Kathleen Rowling merupakan seorang penulis yang semestinya tidak asing lagi bagi peminat novel dan filem Harry Potter. Penulis yang lahir di sebuah pekan yang diberi nama Chipping Sodbury ini menceritakan kepada para graduan Uiversity Harvard tentang pengalaman beliau sebelum berjaya mengeluarkan sebuah novel Harry Potter yang pertama. Beliau menyatakan bahawa hidup beliau dahulunya adalah sangat miskin dan susah namun hal itu tidak sesekali mematahkan semangat beliau untuk menempa kejayaan. Berlaku konflik ketika beliau ingin melangkah ke universiti apabila beliau ingin menyambung pelajaran beliau di dalam Kesusasteraan English tetapi ibu bapa beliau menginginkan beliau menyambung pengajian dalam bidang Vokasional kerana dikatakan Kesusasteraan Inggeris tidak akan mendatangkan faedah dan pulangan dari segi gaji dan pencen dan akhirnya beliau memilih untuk meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Klasik.


"Years after her visit to Harvard, people still talk about it—and still find inspiration in her singular evocation of the idea that living a meaningful life so often means daring to risk failure. What a powerful example she embodies, and what a remarkable gift her speech was, and is, for all of us privileged to hear it then—and to read it now.”
-  Drew Gilpin Faust, Harvard president


Petikan diatas dipetik daripada Drew Gilpin Faust yang merupakan presiden pelajar Harvard Universiti. Drew mengatakan bahawa ucapan J. K. Rowling suatu ketika dulu sangat memberikan inspirasi kepada para pelajar kerana sehingga kini, hal pengucapan itu masih disebut-sebut oleh para mahasiswa Harvard Universiti. Kisah “The Fringe Benefits of Failure yang beliau perkatakan dalamu ucapan beliau sangat memberikan suatu semangat baru kepada mahasiswa kerana setiap kejayaan itu pasti hanya akan datang selepas kita merasai satu atau lebih kegagalan. Kegagalan menjadi suatu titik tolak yang membuatkan kita akan lebih bersemangat dan berusaha dalam mencapai kejayaan yang kita mahukan.

Ucapan beliau yang bersahaja ini diselitkan dengan jenaka-jenaka yang menambat hati pendengar. Beliau tidak lokek berkongsi pengalaman tentang kegagalan-kegagalan yang telah beliau hadapi sambil diselitkan dengan pengajaran dan nasihat-nasihat yang berguna untuk para mahasiswa yang mendengar. Cara penyampaian ucapan beliau ini yang diselitkan dengan humor mampu menarik minat pelajar untuk terus mendengar dan memberi perhatian.

**

Steve Jobs dan J. K. Rowling kedua-duanya berkongsi pengalaman jatuh bangun kehidupan mereka. Mereka menceritakan pengalaman pahit mereka sebelum mencapai kemanisan kejayaan. Mereka kedua-duanya menyelitkan humor di dalam pengucapan mereka dan menceritakan kisah mereka dengan cara yang santai dan bersahaja. Keseluruhan ucapan Steve Jobs menyatakan bahawa sekali kita berjaya, tidak bermakna kejayaan itu akan terus kekal bersama kita. Kejayaan itu akan diselangi dengan pahit getir dan pelbagai ujian. Ucapan J. K. Rowling mengisarkan tentang kegagalan itulah yang akan menjadi  punca terhasilnya sebuah kejayaan. 

Rujukan : 


https://news.harvard.edu/gazette/story/2008/06/text-of-j-k-rowling-speech/
http://news.stanford.edu/2005/06/14/jobs-061505/

Saturday 13 April 2013

Kaedah Pemilihan Khalifah pada Zaman Khalifah Al-Rasyidin (KaR)

Pengenalan : 
- maksud khalifah : berasal drpd perkataan 'khulafa' yang bermaksud pengganti.
- merupakan satu jawatan memerintah negara Islam bagi menggantikan Nabi Muhammad (NM) yang telah wafat
- tugasnya sama seperti seorang rasul, tetapi tiada mukjizat dan wahyu
- dalam KaR, ada 4 orang khalifah yang menerajuinya. 
- Cara pemilihan bagi setiap khalifah adalah berbeza.



 Isi-isi :
1. Perundingan Beramai-ramai (Musyawarah)
- NM tak tinggalkan sebarang wasiat tentang calon pengganti beliau sebelum wafat. Baginda bagi kebebasan kepada umat Islam pilih calon sendiri bagi meneruskan pemerintahan negara Islam.
- Umat Islam telah mengadakan rundingan dan persetujuan tanpa menetapkan calon terlebih dahulu.
- Melalui pelantikan Saidina Abu Bakar al Siddiq yang pernah mengimamkan sembahyang sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. sedang uzur, para sahabat dapat meneka calon khalifah yang pertama. 
- Muhajirin dan Ansar telah mewakili umat Islam berhimpun di Dewan Bani Saadah untuk berbincang dan melantik khalifah. 
- Saidina Abu bakar al Siddiq mencalonkan Saidina Umar al Khattab mewakili Muhajirin dan Abu Ubaidah mewakili Ansar sebagai khalifah bagi mengelak perselisihan antara Muhajirin dan Ansar.
- Saidina Umar dan Abu Ubaidah menarik diri dan mencalonkan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah. 
- Akhirnya, Saidina Abu Bakar al Siddiq telah dibaiah dalam syura sebagai khalifah pertama.

2. Mencadangkan seorang calon.
- Cara ini digunakan dalam proses pelantikan Khalifah Umar Al Khattab iaitu khalifah kedua dalam pemerintahan KaR.
- cara pemilihan ini dibuat melalui khalifah sebelumnya yang akan mengusulkan nama calon dan akan dibawa ke musyawarah dalam Majlis Syura.
Khalifah Abu Bakar al Siddiq yang sedang gering telah mencalonkan Saidina Umar al Khattab sebagai penggantinya. 
- Pencalonan ini telah dipersetujui umat Islam dan setelah bermusyawarah bersama para sahabat dan ahli lembaga Majlis Syura,.
- Saidina Umar al Khattab telah dibaiah oleh umat Islam tanpa bantahan. 
- Cara ini tidak berasaskan keturunan atau warisan.

3. Mengusulkan beberapa orang calon.
- khalifah terdahulu pilik nama beberapa orang calon dalam kalangan para sahabat dan salah seorang dipilih utk menerajui pucuk kepimpinan. 
- khalifah Umar yang ketika itu sedang tenat akibat tikaman seorang keturunan hamba Parsi telah mengusulkan nama Saidina Uthman bin affan, Saidina Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zubair al Awwam dan saad bin Abu Waqas. 
- musyawarah diadakan tiga hari selepas kewafatan Khalifah Umar di rumah Saidatina Aisyah binti Abu Bakar dan, Abdul Rahman bin Auf dipilih mempengerusikan musyawarah dalam pemilihan khalifah 
- Undian telah dibuat dan akhirnya Saidina Uthman bin Affan mendapat kelebihan undi setelah empat orang calon menarik diri.
- Khalifah Uthman bin Affan memerintah sebagai khalifah ketiga dalam Khulafa al Rasyidin.

4. Pengusulan oleh sekumpulan masyarakat.
- Setelah kewafatan Khalifah Uthman bin Affan berlaku pergolakan dalam kalangan umat Islam untuk menentukan bakal khalifah seterusnya. 
- Madinah pada masa ini dikuasai pemberontak.
- Penduduk Mesir cadangkan Saidina Ali tetapi penduduk Basrah cadangkan Talhah bin Ubaidillah dan penduduk Kufah menginginkan Zubair Al Awwam sebagai khalifah. 
- Musyawarah terpaksa diadakan dan keputusannya Saidina Ali bin Abi Talib dibaiah sebagai khalifah. 
- Pada awalnya, beliau menolak pelantikan itu, namun atas desakan para sahabat, akhirnya beliau menerima cadangan itu.

Kesimpulan : 
- Pemilihan dan perlantikan khalifah dijalankan dengan pelbagai cara. 
- Namun, setiap cara dijalankan berasaskan musyawarah dan persetujuan ramai. 
- Kriteria pemilihan ini  tidak berlandaskan keturunan.